Get This Wan Hazel Profile Wan Hazel LINK Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Get This.

Mencari Jawapan Nur Kasih ku





salam Alaik'
pembukaan kata min untuk update blog ni adalah tentang perasaan..
nur kasih yang di takdir terbit di hati ini menimbulkan pelbagai persoalan yang sukar untuk min ungkapkan..
malah, ingin mencari jawapannya pun amat sukar.
hidup min penuh dengan pengalaman persaan.
setiap insan yang hidup di muka bumi Allah ini mempunyai pengalaman hidup tersendiri..
begitu jugak dgn min.
semua orang terfikir... adakah salah kita mempunyai perasaan sayang kepada seseorang yang bukan muhrim kita? salah kah atau ada hikmah?
pemikiran dan fakta tidak dapat kita pertikaikan.
malahan , ada yang menganggap seseorang yang sudah menjalinkan hubungan baru itu salah dari sisi agama.
sedangkan, Allah telah kurniakan setiap insan perasaan.
Allah akan menguji hambanya tidakkira dari segi apa sekali pun. Termasuk juga PERASAAN.

kisah min...
-------------------------------
min pernah mempunyai perasaan yang tidak dijangka timbul cahaya kasih di dlam hati ..
tatkala itu, hati ini sebenarnya, sedang berduka memikirkn nasib yang menimpa diri dgn kisah silam..
perasaan sayang mula terbit kembali di kala Allah telah menghantar ia  menjadi penawar duka ..
air mata yang membasahi pipi hapus... keceriaan di wajah... kelihatan tidak disedari.
SubhanAllah..Apakah itu satu kebohongan?
TIDAK! 
min menyangka sesuatu yang ganjil menghampiri sudut hati .. tetapi, ianya makin hari, makin hampir ke  hati yang mendalam.di kala terfikir perasaan, menyangka diri ini hanya bertepuk sebelah tangan.
mengganggap hanya mimpi dan masih TRAUMA akan kisah silam.
perasaan ini yang dulunya pernah dilukai oleh seorang lelaki, pernah menimbulkan perasaan tidak mahu mendekati lelaki walaupun memandang mereka bergelar lelaki.
diri merasa terlalu kecewa dan lemah.. ingin melalui hari2 tanpa memikirkan diri yang didalam ketakutan.
kisah lalu yang menghantui mengajar diri ini erti kehidupan.
 tetapi..
tidak sangka, rupa-rupanya, Allah menguji diri ini lebih lagi setelah kisah silam berlalu.
Diri ini telah di takdirkan Allah mengenali seorang lelaki.
seorang yang telah mengubah takdir hati ini.
seorang yang menjadi penawar luka.seorang yang pendamba.
tidak sangka, terlalu cepat Allah mengubah segala-galanya..
Mungkin ini semua berkat ketabahan dan kesabaran diri ku.. 
" Wallahullam "
Yang lebih tidak terjangka oleh ku, si dia turut mempunyai perasaan terhadap diri ini.
ketika luahannya ku terasa, Air mata bergenang kegembiraan...
dia menerima diri ini seadanya... dia menyayangi diri ini...
Alhamdulillah.. ada Hikmah di sebalik kisah silam ku..
Allah Maha Adil.
----------------------------------------------------------
tetapi..
hingga kini, diri ini masih mencari jawapan kasih...
adakah kasih yang ku curahkan buat si dia salah untuk masa sekarang ini ?
Apakah kasih ku buat si suami akan datang tiada?
Adakah diri ini salah, atau takdir?
Tidak salah andai aku Yakin Allah telah menentukan segala-galanya..
Andai ini Jodohku, Andai Ini Takdirku, 
Tidak salah kasih sayang ini diberikan buat si dia..
mungkin ini lelaki yang terakhir Allah hantar di dalam hati ku?
Biarlah Allah yang tentukan segala-galanya.
Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihi..
Aku Dan Dia.... hanya mampu berdoa dan berusaha menegejar cita-cita..
Menuju Maghfirah Allah..
Membina Masjid bg menghalalkan hubungan ...
Berjihad mencari Ilmu sebgai permulaan hubungan kami..
-------------------------
perkenalan aku dan Dia :
perkenalan tanpa pertemuan 
perkenalan tanpa mendengar suara... 
perkenalan yang di jarak jauh..
mengharapkan kesetiaan..kejujuran .. 
dan
mengharapkan impian.
walaupun perkenalan aku dan dia hanya berjuahan semata-mata . adalah lebih baik daripada bertentangan mata yang boleh membawa fitnah dan boleh menghampiri zina..
biarlah masa yang menetukan pertemuan.
diri ini setia menunggu dia di muka pintu rumah orang tua ku...
pertemuan kali pertama yag akan ku lalui satu ary nnti, 
Akan menjadi sejarah terindah dlm hidup ku.
-----------------------------
Amin.......................

Min bersyukur di uji Allah...
Alhamdulillah :')
Moga Allah Redha.

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

About Me

My photo
ya allah.. pertemukan aku dengan org yang turut menghadapmu... ya allah.. pertemukan ku dengan org yang membimbingku ke jalan mu... ya allah... pertemukan ku dengan org yg benar-benar cinta dan sayang padaku.. ya allah... pertemukan ku dengan org yg akn selalu menjadi contoh dan kekalkan jodohku dgn nya yg akn menjamin masa depanku... ya allah.. berikanlah aku hidayah mu...tunjuki aku jalan yg benar..

Ahlan Wasahlan

mencintai mu ya allah merupakan kewajipanku...mencintai mu ya rasululullah merupakan imanku...petunjuk mu perjalananku..agamamu agamaku..islam di hatikuallah sentiasa dihatiku..hariku,matiku,hidupku...di atas ketentuan yang maha besarya allah.....sahabat dan saudara-saudaraku...gemerlapkanlah hatimu dengan cinta allah dan cinta rasulullah...

My Photo ( Cik Yasmin )


SHout